Latar belakang Sidang_Kemuncak_Korea_Utara–Amerika_Syarikat_2018

Pada 31 Mac dan mungkin juga 1 April, pengarah Agensi Perisikian Pusat Mike Pompeo ada bertemu dengan Kim secara rahsia di Pyongyang[7] untuk menyediakan asas kepada sidang kemuncak yang bakal berlangsung termasuklah kawasan yang berkemungkinan.[8] Perbincangan ini dinyatakan kepada para wartawan dalam sebuah pertemuan antara Trump dengan Perdana Menteri Jepun Shinzō Abe di Mar-a-Lago pada 17 April.[9]

Terdapat pertimbangan yang dilakukan mengenai lokasi yang akan merumahkan sidang puncak ini sama ada Singapura, Mongolia[10] atau Panmunjeom antara lainnya.[11]

CNN melaporkan pada 9 Mei bahawa Singapura akan menjadi tuan rumah sidang puncak tersebut pada 12 Jun.[12][13] Seorang pegawai Rumah Putih menerangkan kepada CNBC sebab Singapura dipilih kerana adanya hubungan diplomatik dengan kedua-dua negara pihak.[14] Trump mengesahkan lokasi tersebut pada 10 Mei dan mengumumkan tarikh sidang pada 12 Jun.[15]

Rujukan

WikiPedia: Sidang_Kemuncak_Korea_Utara–Amerika_Syarikat_2018 http://www.bbc.com/news/world-asia-44074257 http://www.chicagotribune.com/news/nationworld/ct-... http://www.foxnews.com/politics/2018/03/08/trump-w... http://www.newsweek.com/what-peace-house-kim-jon-u... http://www.scmp.com/news/asia/diplomacy/article/21... http://www.kcna.kp/kcna.user.special.getArticlePag... //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=S... https://www.bbc.com/news/world-us-canada-44378360 https://www.bloomberg.com/news/articles/2018-06-06... https://www.cbsnews.com/news/trump-kim-jong-un-sum...